Rakyat Pahang Dipelawa Beri Cadangan, Pandangan Bagi Lengkapkan Belanjawan Pahang 2022

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Pelancaran E-Survey Belanjawan 2022 yang membabitkan libat urus rakyat di dalam Bajet Negeri Pahang 2022 bakal melengkapkan keperluan yang merangkumi semua aspek terutama kepentingan rakyat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, E-Survey yang dilaksanakan sebelum ini juga telah berjaya mendapatkan input-input berkaitan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

“Sangat berjaya (E-Survey).. sebab yang hadir pada pembentangan adalah pegawai tinggi kerajaan, rakan-rakan exco, pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan seperti PAIP.

“Kita telah buat brainstorming dan apa yang mereka utarakan adalah di luar daripada pemikiran kita jadi percambahan pemikiran itu sangat baik kerana sasaran (hasil) kita pada tahun 2023 adalah RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pasukan Elit Penguatkuasa Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am, Bukit Galing di sini.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim; Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf; Pengarah Pusat Operasi Imunisasi negeri Pahang, YH Dato’ Abdul Aziz Haji Salleh; Komander Briged Tenggara PGA, Komander Hasan Basri Ahmad Safar serta Pengarah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Tuan Haji Rizal Ali @Jaafar.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan sijil padaMajlis Penutupan Kursus Pasukan Elit Penguatkuasa Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am, Bukit Galing

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, pelancaran e-Survey untuk rakyat di mana rakyat dapat mengambil bahagian dengan memaklumkan kepada kita apa yang dihasratkan.

“Kita anggar dalam masa sebulan dapat input daripada rakyat kerana bajet negeri akan dibentangkan pada bulan Disember depan. Saya yakin ia adalah bajet terbaik negeri Pahang dan kita pun tidak pernah buat bajet retreat sebelum ini.

“Kali ini kita libatkan semua lapisan pemimpin dan juga rakyat dalam memberi cadangan berguna untuk diserapkan dalam belanjawan kali ini. Kita cuba buat yang terbaik untuk rakyat dan juga negeri yang kita kasihi ini,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan pada rakyat untuk turut sama mengambil tempat memberi cadangan dan pandangan dalam belanjawan kali ini menerusi pautan https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254.

Sumber: PAHANGMEDIA