“Rakyat Palestin Ada Tempat Istimewa di Hati Saya” – Legenda Bintang Hollywood Richard Gere

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Legenda Hollywood Richard Gere antara artis hollywood yang terang-terangan menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin.

Gere yang kini berusia 71 tahun, merupakan seorang penganut Budha dan terkenal dengan kerja-kerja kemanusiaan seperti kecaknaannya terhadap pesakit HIV/AIDS. Berikutan isu Palestin yang diserang hebat oleh Israel, bintang Hollywood ini telah berbicara dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati mengenai Palestin dan situasi mereka yang dijajah serta dilayan dengan buruk oleh tentera Israel yang kejam. Beliau menyatakan bahawa Palestin mempunyai tempat yang istimewa di hatinya dan beliau turut menyatakan peranan penting Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang telah membantu Palestin.

Komen terbaru Gere mengenai Palestin mendapat perhatian dan dikicau semula oleh laman Twitter cawangan UNRWA AS yang mana agensi tersebut sedang menghadapi cabaran kewangan bagi memenuhi keperluan lebih dari lima juta pelarian dan turut diserang oleh pihak Israel yang bertujuan untuk melemahkan pihak PBB.

“Ada tempat Istimewa di hati saya buat rakyat Palestin, dan apa yang anda lalui sekarang ini sememangnya suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan”

“Ada tempat Istimewa di hati saya buat rakyat Palestin, dan apa yang anda lalui sekarang ini sememangnya suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan,” kata Gere ketika berbicara tentang harapan, keteguhan rakyat Palestin, dan pentingnya UNRWA kepada penduduk Gaza yang dikepung.

Lebih separuh daripada dua juta penduduk Gaza adalah pelarian disebabkan pembersihan etnik di Israel. Mereka sangat bergantung pada UNRWA untuk keperluan asas termasuk kesihatan, perumahan, dan pendidikan.

Komen Gere muncul ketika rakyat Palestin di Gaza, sedang mengalami pengepungan Israel selama 14 tahun, berusaha untuk pulih dari serangan terbaru yang mengorbankan lebih dari 250 orang termasuk wanita dan anak-anak.

Gere yang sememangnya terkenal dengan sikap kemanusiaan pada tahun 2017 menyamakan keadaan di Hebron dengan aktiviti pemisahan di Amerika Selatan era Jim Crow yang mana orang kulit hitam Amerika mengalami apartehid dan menjadi subjek diskriminasi..

“Sama seperti Old South di Amerika. Orang kulit hitam tahu ke mana mereka boleh pergi: mereka boleh minum dari air pancut itu, mereka tidak dapat pergi ke sana, mereka tidak dapat makan di di situ,” katanya kepada sebuah stesen TV Israel semasa lawatan ke bandar Tepi Barat yang terpisah.

Gere juga mengecam penempatan Israel sebagai “provokasi melampau” dan mendakwa bahawa “penjajahan itu menghancurkan semua orang” sambil menegaskan bahawa “tidak perlu ada pembelaan terhadap penjajahan ini.”

Sumber : MEMO