Ramadan Lebih Bermakna Dengan Pengalaman Kuliner Yang Tidak Akan Dilupakan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Shahzan Hotel Kuantan, Trademark Collection by Wyndham mengumumkan promosi eksklusif bagi membantu perjalanan ibadah anda.

Setiap Iftar bersama keluarga adalah saat-saat yang dipenuhi Barakah.

Bulan Ramadan adalah waktu yang istimewa; jadi, kami dedikasikan pengalaman kuliner yang tidak akan dilupakan oleh tetamu-tetamu kami.

Di bawah cahaya bulan suci ini, kami akan menampilkan julung kalinya Juadah Tradisi Pahang yang lazat bagi mempertengahkan budaya citarasa Pahang kepada orang ramai.

Juadah ini dimasak khas oleh Chef Mohd Helmi. Dalam suasana yang santai di restoran kami, para tetamu dapat berbuka puasa dengan sajian istimewa, Nasi Kebuli Diraja yang rasanya lebih mengasyikkan jika dinikmati bersama Kambing Bakar dan Kari Dalca. Bukan itu sahaja, antara hidangan yang tidak kurang rasanya ialah Gulai Asam Rong, Ikan Patin Tempoyak, Laksa Pahang, Opor Daging, dan pemanis mulut, Tiga Beradik.

Juadah Tradisi Pahang dijual pada harga RM75 bersih (Dewasa) dan RM45 bersih (Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 7 tahun).

Kami juga menawarkan promosi Ramadan pakej bilik standard pada harga RM215 bersih/semalam (Seorang) dan RM298 (Dua orang). Juga disertakan sekali hidangan khas untuk berbuka puasa dan sahur untuk kemudahan tetamu-tetamu kami. Dengan tawaran ini, para tetamu boleh berehat dan mengerjakan Ibadah walaupun sedang merantau.

Bagi mereka yang ingin menempah dewan bagi majlis berbuka puasa, pihak hotel juga sedia menerima tempahan dewan Seri Lela Wangsa, dan Seri Lela Manja yang boleh menempatkan 80 orang dalam satu masa.

Jadi, kami menjemput para tetamu untuk menyambut Ramadan Kareem di Shahzan Hotel Kuantan. Moga bulan suci ini menggamit kenangan indah yang akan tidak akan dilupakan sambil menghayati budaya citarasa Pahang. Untuk maklumt lebih lanjut atau tempahan, sila hubungi 019-513 6688 atau emel ke reservations@shahzanhotels.com.