Rasa Nak Jatuh Masa Tidur? Ini Ada Lagi 5 Perkara Aneh Yang Jadi Masa Kita Tidur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tidur adalah satu keperluan bagi manusia. Ada orang yang boleh tidur dengan tenang, dan ada orang yang ‘struggle’ untuk tidur. Contohnya, ada orang yang insomnia (tak boleh tidur), dan ada orang yang tak boleh nak bangun dari tidur bila dah pagi (malas). Hehe.

Tapi tahu tak, ada 5 perkara pelik yang terjadi masa tidur. Korang pernah tak alami salah satu daripada 5 perkara ni?

1. Rasa macam nak masa tidur

Saat baru nak lelap mata, tiba-tiba je rasa macam terjatuh ke dalam lubang, dan tiba-tiba kita pun terus terjaga.

Fenomena ni dikenali sebagai “hypnic jerk”. Bila kita mula bermimpi, tubuh badan kita akan berada dalam mode ‘off’. Dan saat badan mula berada dalam mode ‘off’, otot kita masih lagi aktif, dan fenomena rasa seperti jatuh ini akan terjadi. Perasaan macam nak terjatuh ni terjadi apabila seseorang terlalu penat, kurang tidur, atau sedang stress.

2. Tak boleh bergerak bila nak bangun?

Pernah tak rasa tak boleh bergerak masa nak bangun? Masa tu mesti rasa takut kan?

Perkara ni dipanggil ‘sleep paralysis’. Ada juga yang kaitkan perkara ni dengan perkara mistik seperti ditindih dan lain-lain. Fenomena ni terjadi ketika semua otot tubuh, termasuk otot yang berkaitan dengan fungsi pernafasan belum aktif sepenuhnya dan masih ‘tertidur’.

3. Tidur berjalan

Ada tak yg pernah tidur berjalan? Malam sebelum nak tidur ada atas katil, bangun esok pagi dah ada dekat sofa?

Menurut Dr Winter, berjalan sambil tidur terjadi kerana tubuh dah bangun tapi otak belum sepenuhnya terbangun. Ini menyebabkan seseorang berjalan saat tidur tanpa disedari.

4. Mengigau

Mengigau tentunya bukan hal yang pelik bagi kebanyakkan orang. Ada orang siap boleh bersembang lagi masa mengigau.

Pada saat tersebut otot tubuh dah masuk waktu tidur, namun masih ada otot yang aktif dan menghasilkan gerak suara.

5. Sindrom kepala pecah

Ya, sama seperti namanya yang cukup mengerikan, sindrom kepala pecah memang boleh membuatkan kita rasa sakit kepala secara tiba-tiba. Hanya mereka sendiri saja yang tiba-tiba merasakan sakit kepala yang parah hingga hampir meledak atau pecah.

Hal ini terjadi sama seperti sleep paralysis. Ketika otot tubuh yang lain masih belum sepenuhnya sedar, otot di kepala sudah beraksi dengan lebih cepat.

Sumber: Syok