redONE Mobile kini menawarkan peluang penjimatan luar biasa melalui promosi ‘Rebat Besar’ untuk langganan pelan Postpaid 5G. Lebih dari 1.2 juta pengguna telah menikmati pelbagai penjimatan hebat dengan redONE Mobile dan kini giliran anda untuk menikmati manfaat yang sama. Pelanggan baharu yang melanggan pelan 5G Posptaid48 atau 5G redPLAN48 boleh mendapatkan rebat bil sebanyak RM10 setiap bulan selama 6 bulan pertama!
Promosi ini adalah peluang terbaik bagi pelanggan anda yang ingin menikmati pelan postpaid 5G pada harga yang sangat menjimatkan dan ingin beralih ke redONE Mobile. Melalui langganan pelan 5G Postpaid48 atau 5G redPLAN48, anda bukan sahaja dapat menikmati kelajuan internet 5G tanpa had yang luar biasa pada liputan rangkaian terluas, tetapi juga penjimatan yang signifikan pada bil bulanan anda.
Rebat bil bernilai RM10 akan diberikan secara eksklusif melalui aplikasi redONE 1App dan anda perlu menebus rebat ini dalam tempoh 1 hingga 15 haribulan setiap bulan bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati penjimatan bil hebat ini.
Bukan itu sahaja. Jika anda memilih untuk mendaftar pelan 5G redPLAN48, anda juga berpeluang untuk memiliki telefon pintar percuma selepas 6 bulan, hanya dengan menambah talian atau menaik taraf melalui pelan loyalti redONE Mobile. Sangat berbaloi!
Jangan tunggu lagi! Promosi berlangsung sehingga 31 Disember 2024!
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ‘Rebat Besar’ ini atau mengenai tawaran serta promosi menarik lain, layari redONEMobile.com.my.