redONE Mobile Memperkenalkan Pelan Postpaid 5G devicePRO Baharu, Kerjasama dengan vivo Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Peluang anda untuk dapatkan telefon 5G PERCUMA & barangan eksklusif edisi terhad serta tiket wayang ‘Red One’!

redONE Mobile telah mengumumkan pelancaran pelan pascabayar bundle baharunya yang dikenali sebagai ‘Postpaid 5G devicePRO’. Tawaran inovatif ini menampilkan dua kategori berbeza: ‘SuperJimat’, direka untuk pengguna yang mencari pelan berserta telefon pintar 5G tanpa bayaran pendahuluan peranti atau percuma, dan ‘PowerGadget’, bagi mereka yang memerlukan telefon pintar 5G berprestasi tinggi dengan spesifikasi unggul pada kos yang rendah, hanya dari RM68 sebulan.

Seiring pelancaran pelan pascabayar baharu tersebut, redONE Mobile juga mengumumkan kolaborasinya dengan vivo Malaysia bagi menawarkan telefon pintar vivo Y28s 5G percuma dengan setiap langganan pelan devicePRO di bawah kategori ‘SuperJimat’ atau pada harga yang kompetitif melalui kategori ‘PowerGadget’. Dengan pemberian peranti 5G terkini bersama setiap langganan ke pelan baharu tersebut, redONE Mobile menyasarkan untuk menyokong dan meningkatkan keseluruhan pengalaman dan gaya hidup pengguna, membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri utama pelan devicePRO baharu iatu data pantas tanpa had serta akses kepada YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD dan juga data boleh hotspot sehingga 60 GB.

Lebih menarik lagi, redONE Mobile turut berkolaborasi dengan Warner Bros. untuk menjalankan promo eksklusif sempena filem Red One yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 November tahun ini. Kerjasama ini menawarkan pelanggan redONE Mobile peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif edisi terhad dan tiket wayang filem tersebut.

Untuk berpeluang mendapatkan barangan eksklusif ini, pelanggan redONE Mobile baharu boleh melanggan pelan devicePRO68 baharu yang disertakan dengan telefon vivo Y28s 5G percuma, manakala pelanggan redONE Postpaid sedia ada boleh menaik taraf pelan semasa mereka ke pelan devicePRO68 baharu tersebut. Selain itu, pelanggan redONE Prepaid juga berpeluang untuk mendapatkan barangan ini dengan menambah nilai kredit Prepaid 5G mereka dengan jumlah minimum RM30.

Orang ramai turut berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan di platform Facebook (@redONE Mobile) dan Instagram (@redonemobile.my) rasmi redONE Mobile untuk memenangi telefon 5G serta barangan edisi terhad dan tiket wayang Red One.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan Postpaid 5G devicePRO baharu atau untuk mengetahui cara menyertai promosi bagi mendapatkan barangan edisi terhad dan tiket wayang Red One, layari redONEMobile.com.my.