redONE Mobile Memperkenalkan Pelan Tanpa Had redONE Postpaid FC40, Kerjasama dengan Safee Sali

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Percuma Jersi Safee Sali dan menyumbang kepada Pusat PERMATA Kurnia

redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara mengumumkan pelancaran pelan terbaharunya, redONE Postpaid FC40 yang bukan sahaja memberikan ganjaran jersi percuma kepada pelanggannya tetapi juga menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.

Pelan redONE Postpaid FC40 ini direalisasikan hasil kerjasama dengan bekas pemain bolasepak tanahair, Safee Sali yang juga merupakan duta redONE Mobile. Pelan ini dipadatkan dengan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian hanya pada RM40 sebulan. Bagi peminat bola sepak dan penyokong setia Safee Sali, ini juga adalah peluang baik untuk mereka mendapatkan jersi keluaran eksklusif yang tertera nombor sepuluh yang pernah suatu ketika dahulu, disarung oleh ikon bolasepak hebat ini, secara percuma dengan setiap pendaftaran.

Menerusi pelan ini, pelanggan juga dapat menikmati capaian internet mahupun panggilan merentasi liputan rangkaian terluas di seluruh Malaysia yang memastikan ketersambungan tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Keistimewaan pelan ini bukan setakat itu sahaja. redONE Mobile juga mengambil langkah penting untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyalurkan 25% daripada jumlah bil bulananuntuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 kepada Pusat Permata Kurnia bagi memberi sokongan dalam menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Pelan redONE Postpaid FC40 boleh dilanggan sendiri secara dalam talian. Mereka yang berminat untuk melanggan, hanya perlu melayari platform-platform berikut dan mengimbas kod QR yang disediakan:

redONE Mobile

Laman web rasmi:

redONEMobile.com.my

Media sosial:

Facebook @redONE Mobile 

Instagram @redonemobile.my

Safee Sali

Media sosial:

Facebook @SafeeSali10Official

Instagram @supersafee_10

Maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa lain oleh redONE Mobile boleh juga didapati di laman web rasmi yang tertera di atas.