redONE Mobile Perkenal Pek Prepaid 5G ULTRA dengan Kredit dan Panggilan PERCUMA serta Data Pengaktifan BONUS!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jika diimbau cara untuk berkomunikasi jarak jauh pada zaman dulu sebelum pelan telefon mudah alih wujud, pasti teringat bagaimana mencabarnya untuk kekal berhubung. Jika ada telefon talian tetap di rumah pun perlu berebut dengan ahli keluarga yang lain. Paling tidak pun, perlu pergi cari pondok telefon dan kena pastikan syiling mencukupi untuk buat panggilan. Kalau tak, bila syiling habis nanti, talian terputus pula. Tapi, arus peredaran zaman kian memudahkan. Sekarang, pelbagai pilihan pelan telefon boleh didapati di mana-mana sahaja pada harga yang semakin mesra bajet.

Mengambil kira betapa pentingnya menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih yang bukan sahaja berpatutan harganya tetapi juga menggunakan rangkaian 5G terkini yang pantas, redONE Mobile telah memperkenalkan pek prabayar baharu iaitu redONE Prepaid 5G ULTRA yang menawarkan kredit percuma sebanyak RM5, panggilan tanpa had ke semua pengguna redONE Prepaid serta data pengaktifan bonus 5G dalam setiap pek pada harga RM5 sahaja, dengan tempoh sah selama 30 hari.

Pek ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan dan kehendak gaya hidup dinamik generasi muda yang ingin menikmati kelajuan 5G dan data yang lebih namun belum bersedia untuk bertukar ke pelan pascabayar yang memerlukan komitmen bayaran bil secara bulanan. Dengan kredit percuma dan panggilan tanpa had, pelanggan dapat berkomunikasi dengan lebih mudah tanpa perlu risau tentang kos tambahan. Sesuai untuk mereka yang mungkin baru tamat pengajian atau yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan dan ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.

Lebih menarik lagi, buat yang inginkan lebih data pantas bagi meningkatkan produktiviti mereka, terdapat pas internet bulanan baharu iaitu ULTRA35 yang boleh dilanggan sebagai tambahan hanya pada RM30 sebulan. Pas internet bulanan ini didatangkan dengan data pantas sebanyak 130GB yang merangkumi akses tanpa had ke platform media sosial popular seperti YouTube dan Facebook dalam HD dan juga data yang boleh dihotspot sebanyak 10GB. Memang sangat berbaloi. Jika pengguna memerlukan lebih dari sekadar panggilan tanpa had ke pengguna redONE Prepaid sahaja yang disertakan dengan pek permulaan redONE Prepaid 5G ULTRA, mereka boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian melalui langganan pas internet tambahan ULTRA35 ini. Ternyata, pelbagai kegunaan yang menjanjikan pengalaman komunikasi yang lebih lancar dan seronok, hanya dalam satu pek!

Jadi, bagi mereka yang masih tercari-cari pek prepaid yang sempurna untuk kegunaan harian, tak perlu lagi berfikir panjang. Inilah dia pek prepaid paling sempurna untuk anda! Dapatkan pek permulaan redONE Prepaid 5G ULTRA ini di kedai redONE Mobile berhampiran anda hari ni dan rasai sendiri betapa mudahnya menikmati data kelajuan 5G tanpa perlu berbelanja lebih!

Untuk info lebih lanjut, layari https://www.redonemobile.com.my/ms/prepaidultra/