Remaja Lelaki Maut Terhidu Gas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta dipercayai akibat terhidu gas di Ketereh, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil maklumat awal mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan baring, yang mana tempat duduk direndahkan.

Tambahan beliau, mangsa berpakaian lengkap dan tidak ada kesan pecah terhadap kereta yang tidak berkunci dan barangan peribadinya tetap ada di sisi.

Beliau berkata, kemudian mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu mengalami pendarahan pada paru-paru yang disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta dan kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber: HARIAN METRO