Remaja maut, abang ipar cedera dipanah petir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pasir Puteh: Remaja berusia 15 tahun meninggal dunia, manakala abang iparnya cedera dipercayai dipanah petir di kuari Bukit Jerus, Selising di sini, petang semalam.

Kejadian 5.40 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haikal Ludin dari Kampung Hutan Buluh dekat Melor, maut di tempat kejadian.

Abang iparnya yang cedera dikenali sebagai Mat Yi berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kedua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mahligai di Melor namun Muhammad Alif Haikal disahkan sudah meninggal dunia.

“Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut dan difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sumber: My Metro