Remaja Maut Motosikal Terbabas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Duyung Seberang Takir, Kuala Nerus pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Muhammad Arif Addin Shamsuri Amir Ismail, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis WMoto 125 itu dari arah rumahnya di Mengabang Telipot menghala ke bandar Kuala Terengganu.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri susulan jalan licin akibat cuaca hujan ketika itu.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Azli berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– SINAR HARIAN