Remaja OKU lemas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GUA MUSANG – Remaja orang kurang upaya (OKU) lembam lemas ketika mandi bersama lima sepupu di Sungai Loji Air FELDA Chiku, di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Hazim Mohd Bakri, 16, yang berasal dari Sungai Udang, Melaka dijumpai anggota bomba pada jam 1.12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati, kira-kira jam 12 tengah hari tadi, mangsa bersama sepupunya, iaitu dua lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak sedang mandi di sungai berkenaan.

“Mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong dan ia disedari oleh bapa saudaranya yang kemudian terjun untuk menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya disebabkan paras air yang dalam serta arus deras.

“Bapa saudaranya terus menghubungi keluarga mangsa dan bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, seramai tiga anggota bomba menyelam ke dalam sungai dan mendapat mayat mangsa berada di dasar sungai.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati ada kesan lebam pada muka dan dipercayai mangsa terjun ke dalam sungai dan terkena batu di dasar sungai.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN