Resipi Sandwich Sardin Sedap & Juicy, Anak-Anak Confirm Suka!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang, sandwich sardin antara menu kegemaran tidak kira peringkat umur. Selain senang untuk disediakan, sandwich ini tidak memerlukan kos yang banyak.

Bagi yang mencari cadangan menu untuk potluck dan picnic, anda juga boleh cuba resipi yang dikongsi Ummu Hani ini. Nampak sangat juicy dan sedap, anak-anak pasti suka!

Korang selalu nya makan sandwich berinti apa? Telur? Tuna? Sardin? Ayam?

Hani dah try sandwich pelbagai versi & dibawah ini adalah satu satunya versi yang Hani paling suka sedap, juicy.

Sekali makan bole habis 6 pcs tau seorang. Bukan Hani je suka, suami, adik beradik, umi Hani pun suka sandwich versi ni. Mudah je nak buat. Tilik satu persatu gambar di bawah ok. Harini jugak boleh terus buat!

#MyAwesomeKitchen
#teamIQL

Bahan-bahan diperlukan

Bahan bahan :

Roti
Sardin
Mayonis
Bawang besar 1 biji (dihiris)
Cili merah 2 biji (dihiris)
Limau kasturi
Salad
Timun
Tomato

Hani suka Gardenia berbanding brand lain, lembut je roti nya

Sardin pulak suka guna brand Botan. Kalau Botan takde baru ambil Ayam Brand

Lebihkan cili bagi yang suka pedas

Cili merah tu kalau korang suka lagi pedas tambah jela lagi 4 – 5 biji. Bila tergigit cili dalam sandwich tu yang nikmat sebenarnya.

Veggies. Takde sayur, tak bermakna sandwich kita

Senang je nak buat

#Pertama

Panaskan sardin dalam kuali

Tak perlu letak minyak. Hanya masak kosong macamtu je + sedikit garam

Biar kan mendidih

#Kedua

Bila sardin dah masak, letak dalam pinggan

Kuahnya Hani tak ambil semua

Sikit² je dalam 4 – 5 sudu

Hancurkan semua sardin guna sudu

#Ketiga

Masukkan bawang besar & cili dalam sardin tadi & gaul rata

Gaulkan sehingga kesemua bahan rata

#Keempat

Perahkan sebiji limau kasturi. Biji nya buang

Gaul rata

#Kelima

Masukkan mayonis dalam 4 sudu

Lebih lagi sedap sebenarnya

Gaul rata

Masa untuk buat sandwichnya…

#Ketujuh

Ratakan sardin atas roti

#Kelapan

Letak salad, timun & tomato

Tutup sandwich dengan sekeping lagi roti yang juga dah disapu mayonis

Siappp

Bole la dibelah dua atau buat apa je bentuk yang korang suka

Selamat menjamu selera untuk menu petang / malam ni

Sumber: Oh Bulan