Ribuan sertai tunjuk perasaan di London tentang keganasan terhadap warga Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ribuan orang berarak ke pusat London pada hari sabtu (15 Mei 2021) untuk menyatakan solidariti mereka yang berpihak kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pihak penganjur menyeru agar ada tindakan segera dilakukan oleh kerajaan UK untuk membantu mengakhiri keganasan yang kejam di Palestin.

Setakat ini 139 orang terbunuh di Semenanjung Gaza, termasuk 39 kanak-kanak, setelah berlakunya kekerasan yang dimulakan dengan percubaan pengusiran orang Arab dari kawasan Sheikh Jarrah di Timur Jerusalem. Di Israel tujuh orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak.

Hari sabtu yang jatuh pada 15 Mei merupakan hari Nakba Palestin, hari ulang tahun penguriran keluar ratusan ribu penduduk Palestin dari kediaman mereka lebih dari 70 tahun lalu.

Orang ramai berarak melalui Hyde Park sebelum tiba di luar pintu kedutaan Israel di Kensington.

Jeremy Corbyn, mantan pemimpin parti Buruh, memberitahu kepada orang ramai yang berkumpul di luar pintu kedutaan Israel bahawa tindakan antarabangsa memberikan keselesaan dan sokongan kepada mereka yang menderita dalam konflik tersebut.

“Bayangkan bagaimana rasanya menjadi ibu atau ayah dan melihat ada bangunan yang dibom di hadapan anda, dan anda tahu keluarga anda ada di sana, namun anda tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

“Suara global kitalah yang menyalurkan bantuan, memberi keselesaan dan sokongan kepada mereka yang menderita saat ini!”

“Hentikan tindakan anda sekarang. Tamatkan semua rampasan sekarang dan tarik diri. Hengikan pengepungan yang berlaku di Gaza sekarang. “

Diane Abbott memberitahu orang ramai bahawa mereka adalah sebahagian dari “gerakan antarabangsa yang menuntut keadilan”.

“Rakyat Palestin telah dirampas tanah mereka … dan mereka sekarang dibunuh di rumah mereka. Semua tindakan ini tidak sah.”

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Kempen Solidariti Palestin, Friends of al-Aqsa, Forum Palestin di Britain, Organisasi Hentikan Peperangan, Kempen Hapuskan Nuklear dan Persatuan Muslim Britain.

Seorang jurucakap berkata: “Sangat penting bahawa kerajaan UK mengambil tindakan segera. Mereka perlu berhenti membiarkan keganasan Israel dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Husam Zomlot, duta Palestin di UK, memberitahu orang ramai pada hari Sabtu: “Sekarang adalah berbeza. Kali ini kita tidak akan dinafikan lagi. Kami telah bersatu. Kami telah menerima banyak penindasan.”

Demonstrasi tunjuk perasaan juga turut diadakan di Birmingham, Coventry, Bristol, Cardiff, Edinburgh dan bandar-bandar UK yang lain.