RM 65.58 Juta Diperuntukkan Bagi Pemerkasaan Islam di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Sebanyak RM 65.58 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Imam, Bilal Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Terengganu pada tahun ini.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk haji Idris Ahmad, melalui peruntukan tersenut, bayaran khas sebanyak RM 500 secara ‘one-off’ diteruskan pada tahun ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir negeri Terengganu.

Bayaran Khas tersebut melibatkan 2,100 penerima yang memperuntukkan RM 1.05 juta yang akan disalurkan sebelum menjelang Hari Raya Eidul Fitri.

Turut diumumkan caruman kerajaan yang diteruskan pada tahun ini iaitu sebanyak RM 232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO yang akan memanfaatkan Imam, Bilal dan Guru Takmir seramai 2,036 orang.

Seramai 1,000 orang guru Takmir ditambah pada tahun ini di seluruh negara yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 5,000 orang yang melibatkan peruntukan RM 10.8 juta setahun.

Manakala bagi peruntukan imbuhan imam telah disalurkan mulai 7 Januari lalu bagi suku pertama tahun ini yang memberi manfaat kepada seramai 1,356 orang serta elaun Guru Takmir seramai 325 orang.

Bayaran bantuan Khas turut diperuntukkan kepada Guru KAFA yang memanfaatkan 3,276 orang guru KAFA di Terengganu yang memperuntukkan RM 1.63 juta bagi menghargai sumbangan mereka dalam membentuk dan mendidik anak bangsa.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu,

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM