RM200 juta atasi kenaikan harga bahan makanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju menyediakan dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman dalam sektor agro makanan bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan makanan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, dana pinjaman itu akan menetapkan kadar faedah sifar disamping pemberian moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada penerimanya.

“Ini untuk kurangkan bebanan kepada usahawan pesawah, petani dan peladang iaitu di bawah TEKUN dan agro makanan terutama membabitkan tanaman sayuran dan buah-buahan.

“Kita tahu bahan makanan import dari luar negara, harganya bergantung kepada nilai dijual negara luar itu.

“Tapi kerajaan tidak akan lepas tangan begitu saja. Kita tidak akan jawab oleh kerana harga luar tinggi maka tanggunglah sendiri, tidak akan kata begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ke-47 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

- Hiasan
– Hiasan

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh serta Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NAFAS dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), NAFAS dan syarikat berstatus State Own Enterprise (SOE) dari China serta NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd dan Southeast Edible Bird’s Nest Capital Biotechnology Co Ltd.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan tambahan RM62 juta melalui NAFAS bagi menampung penambahan insentif untuk racun daripada RM200 seperti diumum sebelum ini kepada RM300 sehektar dan satu musim.

“Saya meminta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) untuk duduk bincang bagaimana kita boleh bantu peladang atau petani yang sedang hadapi bebanan sebab kenaikan harga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan Anugerah Yayasan Pelajaran Peladang kepada, Nor Aini Noor Habib (dua dari kanan) sambil diperhatikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ronald Kiandee (kanan)  dan Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob (kiri) ketika majlis Makan Malam dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nafas ke-47 di Dewan Merdeka, World Trade Centre, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

“Sebagai maklum balas awal, bagi membantu pesawah terjejas, kerajaan sebelum ini memberi insentif untuk racun iaitu RM200 semusim dan sehektar untuk mengurangkan beban mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau turut meminta Menteri Kewangan menambah peruntukan subsidi yang diberikan kepada NAFAS bagi mengelak pertubuhan itu berdepan kerugian.

“Subsidi yang kita bagi dalam bajet untuk baja tidak mencukupi. Sebab saya difahamkan NAFAS akan kerugian kerana harga baja meningkat RM200 juta.

“Saya beritahu Menteri Kewangan bantu NAFAS. Perkara ini, Menteri Kewangan akan teliti dan bincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ronald Kiandee (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian persefahaman antara Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob (kiri) dan Pengerusi Yapeim, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid ketika majlis Makan Malam dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nafas ke-47 di Dewan Merdeka, World Trade Centre, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Sumber: Berita Harian