RM45,170 Diperuntukkan Bagi Bantuan Prihatin Wilayah Jengka

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Sebanyak RM45,170 diperuntukkan bagi Bantuan Prihatin Pahang kepada 105 penerima di Wilayah Jengka semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika dihubungi berkata, kesemua bantuan yang telah diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, bertujuan membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, kini giliran para imam-imam masjid dan surau di Wilayah Jengka menerima jubah. Begitu juga pengusaha-pengusaha kantin, dewan makan sekolah menerima Bantuan Prihatin Pahang.

“Tidak lupa juga pelajar-pelajar cemerlang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di Maahad Jengka dan Pengerak Masyarakat Orang Asli.

“Diharapkan semoga bantuan ini bermanfaat kepada semua penerima, serta dapat meringankan kesulitan kumpulan yang dimaksudkan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ybhg. Ustaz Zakaria Muhammad; Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka, YB. Encik Shahril Azman Abd Halim; dan Kadi Wilayah Jengka, Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah.

Menurut beliau, Kerajaan Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM36,720 inisiatif jubah kepada 70 pegawai masjid dan surau terlibat dan RM500 diberikan sebagai Bantuan Khas Kewangan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA).

Bagi inisiatif kecemerlangan SPM 2020 bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Maahad SAS, sebanyak RM5,900 diperuntukkan kepada sembilan orang penerima.

Bagi Bantuan Prihatin kepada pekerja dan pengusaha kantin serta dewan makan asrama bernilai RM2,500 kepada 25 orang.

Sumber: PAHANGMEDIA