Ronaldo Cuba Pujuk Ten Hag

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MANCHESTER – Cristiano Ronaldo akan berjumpa pengendali baharu Erik ten Hag sekembalinya ke Manchester minggu ini.

Bintang Portugal itu, yang sedang bercuti di Majorca bersama keluarganya, menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford bagi beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain 37 tahun itu sudah memulakan rundingan menerusi wakilnya, dengan Chelsea dan Bayern Munich menjadi sasaran, manakala Napoli turut berminat membawa kembali Ronaldo ke Itali.

Sporting Lisbon dan Porto pula cuba menggunakan kelebihan sebagai kelab negara asal pemain itu untuk membawa Ronaldo pulang ke kampung halaman sebelum bersara.

Bagaimanapun United seakan berkeras mahu menyimpan legenda kelab itu walapun tidak mampu menawarkan aksi di pentas tertinggi Eropah dan kilauan trofi.

Ronaldo meledak 24 kali musim lalu di mana United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam.

Ronaldo dijangka berlatih beberapa hari di Carrington sebelum terbang bersama rakan sepasukan ke Thailand dan Australia untuk jelajah pra-musim Jumaat ini.

Sumber: BERITA HARIAN