Ronaldo kekal hebat beraksi di Piala Dunia 2022

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DOHA: pemain terunggul bola sepak, Christiano Ronaldo berjaya memecah rekod dunia dengan menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia Qatar 2022 ketika Portugal menewaskan Ghana 3-2, pagi tadi selepas meninggalkan Manchester United menerusi persetujuan bersama.

Penyerang Portugal itu menyempurnakan jaringan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-65 dan menyatakan bahawa ianya adalah detik indah bersama kemenangan yang berharga sekaligus bangga dengan pencapaiannya memecah rekod dunia.

Gergasi Liga Perdana Inggeris, United mengumumkan awal minggu ini Ronaldo meninggalkan kelab susulan kritikan pedasnya ke atas pengurus, Erik ten Hag dalam program temubual televisyen.

Tetapi perpisahan kontroversi itu tidak menjejaskan Ronaldo ketika pemain Portugal yang lain, Joao Felix dan bintang muda Rafael Leao turut menjaringkan gol pada aksi menentang Ghana.

“Ini langkah penting, ia minggu yang menutup babak ini dan kami mahu bermula dengan cemerlang,” tambah Ronaldo lagi.

“Saya mahu membantu pasukan dan isu lain tidak timbul lagi.”

Jurulatih Portugal, Fernando Santos memuji pemain berusia 37 tahun itu yang mungkin beraksi di Piala Dunia terakhir sebagai legenda perlawanan.

“Saya percaya orang akan terus memperkatakan pencapaiannya, dia fenomena, legenda seperti yang lain dalam bola sepak,” kata Santos.

Sumber: HARIAN METRO