Rooney Pengurus Baharu Birmingham City

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON: Bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham City dengan kontrak selama tiga tahun setengah, kata kelab liga divisyen dua itu.

Rooney yang juga bekas jurulatih DC United menggantikan John Eustace yang dipecat pada Isnin dengan skuad Midlands itu berada di tempat keenam dalam carta, 12 mata di belakang pendahulu Leicester City.

“Saya sudah membina kerjaya pengurusan, meletakkan diri saya dalam persekitaran yang mencabar untuk saya bersedia dengan peluang ini.

“Ia adalah projek yang memberikan saya matlamat dan saya tidak sabar untuk memulakannya,” kata Rooney dalam satu kenyataan.

“Saya mempunyai jalan yang jelas bahawa saya mahu pasukan bermain, kakitangan kejurulatihan dan saya akan bekerja keras untuk melaksanakannya.

“Kami akan mewujudkan budaya mencipta kemenangan di sini dengan identiti yang membuatkan peminat Blues berdiri teguh bersama pasukan.”

Rooney, 37, melepaskan jawatan sebagai pengurus kelab Major League Soccer (MLS), DC United minggu lalu selepas mereka terlepas aksi playoff Piala MLS untuk tahun keempat berturut-turut. – REUTERS