“Rumah Kontena” Dibangunkan Buat Mangsa gempa bumi Izmir di Turki

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kanak-kanak sedang bermain bola di lorong perumahan

Para mangsa gempa bumi kini di Turki yang terselamat sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka di “rumah kontena”. Rumah kontena tersebut merupakan rumah pasang siap yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal. Keluarga yang rumahnya musnah atau rosak teruk akibat gempa bumi mula menetap di unit pasang siap minggu ini setelah berpindah dari khemah. Rumah ini merupakan rumah sementara mereka sebelum pembinaan kediaman baru di kawasan itu untuk mangsa yang terselamat.

Gempa berkekuatan 6.6 telah meruntuhkan lebih daripada 12 bangunan sehingga menyembah bumi dan turut merosakkan bangunan yang lain. Gempa bumi ini telah mengorbankan sebanyak 116 mangsa. Setelah gempa bumi berlaku, pihak sukarelawan dan pemberi bantuan daripada badan-badan kerajaan dan badan amal pada mulanya memasang khemah. Kemudian setelah itu, mereka membantu memasang rumah kontena pasang siap sebelum bermulanya musim sejuk.

Bandar kontena yang didirikan di Bayraklı merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Meskipun trauma akibat bencana yang berlaku, mangsa yang terselamat terus meneruskan kehidupan mereka sementara kanak-kanak pula ceria bermain-main di celah-celah lorong perumahan.

Sebanyak empat puluh empat keluarga telah menetap di 493 rumah sementara yang didirikan di kawasan seluas 46,000 meter persegi setakat ini. Terdapat satu lorong yang dinamakan “Ayda Gezgin” manakala satu lorong lagi dinamakan “Elif Perincek”, yang merupakan dua orang anak muda yang berjaya ditarik dari runtuhan.

Setiap unit pasang siap mengandungi dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi. Taman permainan juga akan dibina di kawasan rumah kontena tidak lama lagi.

Seorang mangsa yang bernama Fatma Alan, seorang ibu kepada dua anak, berpindah bersama keluarganya di rumah kontena pada malam Khamis.

Seorang pembersih rumah, Alan di tempat kerja ketika gempa melanda sementara anak perempuannya yang berusia 6 tahun bersendirian di rumah. Walaupun rumah mereka tidak hancur, namun rumah itu rosak teruk. “Kami sangat takut dan mula tinggal di khemah. Sangat sejuk keadaanya ketika tinggal di khemah. Tempat ini jauh lebih baik. Saya berterima kasih kepada semua orang yang membantu kami menetap di sini. Saya akhirnya tidur lena. Kanak-kanak juga menyukainya. Kami mempunyai semua yang kami perlukan di sini,”

Kerajaan akan segera memulakan pembinaan kediaman baru yang kukuh bagi mangsa yang kehilangan rumah akibat gempa bumi dan mereka yang terpaksa mengosongkan bangunan yang rosak. Sebanyak 5,000 kediaman akan dibina dan pembinaannya dijangka siap dalam masa satu tahun.