Penyakit ketumbit merupakan bisul kecil yang sering terjadi pada bahagian mata, menyebabkan ketidakselesaan pada sesiapa yang menghidapnya.
Menurut Dr Kamarul Ariffin, terdapat dua jenis ketumbit yang biasa terjadi iaitu jenis chalazion dan juga stye.
Chalazon menyebabkan keradangan pada kelenjar meibomian, iaitu kelenjar yang menghasilkan minyak pada mata, Ia mengakibatkan bengkak pada tengah kelopak mata.
Stye pula terjadi akibat dari keradangan pada akar bulu mata menyebabkan ia bernanah dan sakit.
Antara rawatan yang dicadangkan untuk ketumbit adalah seperti:
1.Tuam ketumbit dengan tuaman suam. Bersihkan kelopak mata dengan syampu bayi.
2. Sekiranya tak sembuh, antibiotik dalam bentuk sapuan mungkin diperlukan.
3. Dalam kes yang lebih teruk, ia dirawat dengan pembedahan kecil untuk keluar minyak yang terkumpul.
Sumber: Twitter Dr Kamarul