‘Rupanya Rumah Saya Yang Terbakar…’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – “Ketika perjalanan pulang dari kedai makan, saya nampak cahaya merah dalam jarak 500 meter dan tidak menyangka langsung rumah yang kami diami terbakar,” kata Mohd Khairi Awang Seman.

Mohd Khairi, 41, berkata ketika hampir sampai di rumah pada jam 8.45 malam kelmarin, dia terserempak dengan seorang jemaah masjid yang memaklumkan rumah didiami bersama adiknya di Kampung Lubok Jambu, di sini, terbakar.

“Saya memecut motosikal dan sebaik tiba, sebahagian rumah sudah terbakar dan mencari kelibat adik, Mohd Khaidir, 38, kerana bimbang dia ada dalam rumah.

“Saya bersyukur kerana adik ketika itu berada di surau dan kami hanya mampu melihat rumah terbakar tanpa dapat menyelamatkan barangan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Khairi berkata, mereka tidak menyangka rumah yang baru lima tahun dibina itu terbakar memandangkan ketika dia dan adiknya keluar, semuanya dalam keadaan baik.

Katanya, rumah itu dibina dalam perkarangan kediaman milik seorang saudara mereka dan pada masa sama, dia turut menjaga rumah terbabit memandangkan pemiliknya tidak menetap di situ dan hanya pulang sesekali saja.

– BERITA HARIAN