Saat istimewa cucu sendiri suntik vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Nerus: Seorang wanita warga emas dari Kampung Manir, di sini menjadi penerima vaksin tertua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam.

Warga emas berusia 102 tahun itu, Fatimah Muda ditemani anak ketiganya, Azhari Mohd, 56, ke PPV UniSZA dan menerima vaksin Sinovac pada 2.10 petang.

Lebih istimewa apabila Fatimah Muda disuntik vaksin oleh cucunya sendiri yang juga Jururawat Hospital UniSZA, Mohd Borhan Hassan, 31.

Mohd Borhan berkata, neneknya itu sudah lama mahu disuntik vaksin dalam usaha melawan Covid-19.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan paling bermakna kerana saya diberi peluang untuk memberi suntikan kepada nenek.

“Maklumlah dengan usia nenek, memang nenek berasa lebih selesa jika cucu sendiri yang menyuntik vaksin kepadanya,” katanya ketika ditemui di PPV UniSZA.

Jururawat Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Borhan Hassan, 31(kiri) melakukan suntikan vaksin kepada neneknya, Fatimah Muda  berusia 102 tahun ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSZA hari ini. FOTO GHAZALI KORI
Jururawat Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Borhan Hassan, 31(kiri) melakukan suntikan vaksin kepada neneknya, Fatimah Muda berusia 102 tahun ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSZA. FOTO GHAZALI KORI

Menurutnya, neneknya akan menerima vaksin dos kedua pada 8 Ogos ini di PPV UniSZA.

Katanya, dia berharap proses mendapatkan vaksin dos kedua untuk neneknya nanti berjalan lancar seperti semalam.

“Nenek dibawa oleh ambulans ke PPV UniSZA dan ditolak menggunakan kerusi roda dan dia turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Nenek mempunyai lima anak berusia 50 hingga 70 tahun dan 30 cucu serta 30 cicit yang sentiasa memberi dorongan kepadanya,” katanya.

Sumber: My Metro