KUALA TERENGGANU – SABASUN HyperRuncit melancarkan Inisiatif Jualan RAHMAH melibatkan secara keseluruhan lebih daripada 500 barangan bermula 22 Mac sehingga 31 Mac ini.
Pengurus Perhubungan Korporat Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd, Wan Zulaidi Wan Abdul Fatah berkata buat masa sekarang Jualan RAHMAH di Sabasun mengutamakan keperluan barangan yang berkaitan bulan Ramadan.
“Sebab SABASUN ini sendiri pun kalau nak ikut dari segi Jualan RAHMAH ni, kita dah bermula daripada mula-mula penubuhan SABASUN dengan memperkenalkan konsep “Harga Muroh Sokmo”.
“Jadi terbaru ini kita bersama dengan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dalam Jualan RAHMAH, jadi yang mana Harga Muroh Sokmo itu ditambah dengan jualan RAHMAH itu menjadikannya Lebih-Lebih Muroh Sokmo lah”.
Beliau berkata demikian Ketika sesi temubual di Manis FM di segmen Manis Sokmo Bersama Nura.
Tambah beliau lagi, promosi Jualan RAHMAH ini akan diteruskan di SABASUN sehingga bulan Mei ini dan barangan keperluan Aidilfitri ini turut boleh didapati di sana antaranya, kuih raya, pelita raya dan pelbagai lagi.
Bagi tahun ini dan tahun hadapan, SABASUN dijangka bakal meluaskan cawangan dengan bakal membuka empat cawangan baharu di negeri Terengganu iaitu di Kuala Berang, Kemaman, Dungun dan Paka.
– UNIT BERITA MANIS FM