Safawi beraksi malam ini menentang Santa Clara?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Adakah rakyat Malaysia dapat menyaksikan kelibat Safawi Rasid buat kali pertama dalam saingan liga utama Portugal? Persoalan itu mungkin terjawab apabila kelab Safawi, Portimonense SC akan turun menentang pasukan Santa Clara di Estádio Municipal de Portimão, Algarve, jam 11 malam ini, waktu Malaysia.

Foto : Portimonense SC

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun menyerahkan kepada jurulatih untuk membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak dalam perlawanan itu. Malah, dia turut mengakui bersedia sepenuhnya jika diberi peluang membuat penampilan sulung di Liga Primeira.

“Sesi latihan berjalan lancar dan dapat mengikut corak latihan yang diterapkan oleh pasukan malah satu pengalaman berharga dapat menjalani latihan bersama pemain lebih berpengalaman”

Minggu lalu, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan pertama di liga utama Belgium, Jupiler Pro League bersama kelabnya, KV Kortrijk.

Kelmarin, giliran pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh membuat penampilan pertama di Liga 1 Thailand bersama Police Tero FC ketika menentang Suphanburi. Pemain kelahiran Gambia itu dimasukkan pada minit 72 dengan perlawanan itu menyaksikan Police Tero FC tewas 5-0.

Sumber : Berita Harian