TEMERLOH– Persisiran Sungai Pahang di Esplanade Temerloh 2 menjadi pilihan orang ramai menikmati juadah berbuka puasa.
Lebih menarik lagi, lokasi berkenaan sangat dekat dengan Bazar Ramadan Lurah Semantan yang mana memudahkan pengunjung mendapatkan menu kesukaan masing-masing.
Seorang suri rumah, Roziata Tarmiti, 50, berkata panorama indah Sungai Pahang menjadikan ia satu keistimewaan berbanding lokasi-lokasi lain.
Pelajar ditemuramah, Raziq Shah Putra Heri menyifatkan suasana lebih berangin memberikan keselesaan kepada pengunjung, selain tempatnya yang tidak sesak.
Walaubagaimanapun, orang ramai diminta menjaga kebersihan lokasi berkenaan dengan membuang sampah atau sisa makanan di tempat sepatutnya supaya lebih ramai orang dapat menikmati suasana santai berbuka puasa di situ.
-SINAR HARIAN