Saringan Covid-19 Percuma Untuk Pencarum Perkeso

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Saringan Covid-19 untuk pekerja boleh dilakukan secara percuma menerusi panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selepas Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh Perkeso ”

Menurutnya, saringan Covid-19 juga boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin dengan kos hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu.

“Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk subsidi saringan Covid-19 melalui https://psp.perkeso.gov.my dengan menyertakan resit bayaran,”

Beliau berkata, Perkeso akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang telah menjalani saringan Covid-19. Kedua-dua kemudahan tersebut terhad untuk dijalankan melalui majikan sahaja.

Saravanan berkata, peluasan capaian PSP Perkeso ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri dan pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat.

Tambahnya, majikan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sewaktu menjalani ujian saringan Covid-19 agar proses berjalan dengan selamat dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan ke hsp@perkeso.gov.my atau menghubungi 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.

Sumber : Sinar Harian