Ahli perniagaan dan hos terkenal, Neelofa hari ini ada memberitahu pengikutnya yang dia kini sudah lama tidak mencukur atau mencabut keningnya. Persoalan tersebut dijawab Lofa menerusi video pendek yang muat naik menerusi Insta Stories selepas ramai yang bertanya mengenai perkara berkenaan.
Orang banyaklah komen, cakap sama ada saya lukis atau pun cukur kening. Saya dah lama dah tak cukur kening, biarkan je dia macam ni. Untuk mereka yang rasa sangsi kalau sama cukur kening atau tidak, ia tidak dicukur atau dicabut,” katanya jujur.
Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah. Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Neelofa turut berkongsi sepotong hadis di Instagram Storynya.
Sumber : Instagram Neelofa