‘Saya lelaki paling bertuah, sayang kamu 10,000 tahun’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Legenda badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei memuat naik hantaran penuh bermakna mengenai buah hatinya sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam.

Dalam hantaran pada akaun Facebook, Chong Wei memuat naik hantaran video yang diterimanya daripada seseorang, menyaksikan isterinya Datin Wong7 Mew Choo menitiskan air mata ketika beliau berkongsi pengalaman sukar dilalui sepanjang kariernya sebagai pemain badminton di majlis pelancaran patung lilin dirinya di ibu negara minggu lalu.

Dalam kapsyen itu, Chong Wei berkata, apabila melihat video berkenaan, hatinya begitu luluh dan turut menitiskan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam kehidupannya.

“Ada seseorang merakamkan video secara rahsia dan menghantar klip berkenaan kepada saya. Ini adalah video mengenai dirinya (Mew Choo), ketika saya sedang berkongsi mengenai detik paling sukar dalam karier saya.

“Saya melihat video ini, dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini? Terima kasih Mew Choo. Saya hanya lelaki yang paling bertuah dalam dunia ini.

“Sayang kamu 10,000 tahun. Kepada semua wanita di seluruh dunia, selamat menyambut Hari Wanita Sedunia,” kata Chong Wei yang turut memuji tingkahlaku anaknya, Terrance yang menenangkan ibunya.

Sumber: BERITA HARIAN