Sejambak bunga, pantun ‘hadiah’ buat Dr Noor Hisham

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima sejambak bunga dan pantun sebagai motivasi untuk terus berjuang membanteras COVID-19.

Jambangan bunga serta empat rangkap pantun berjudul ‘Kita Jaga Kita, Kita Jaga Tan Sri’ itu dihadiahkan Perkhidmatan Psikatri dan Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan (KKM), petang semalam.

Dr Noor Hisham turut memuat naik gambar jambangan bunga dan pantun berkenaan di laman Facebook rasminya, selain berdoa supaya semua urusan membanteras COVID-19 dipermudahkan Allah.

Entri berkenaan menerima 22,000 reaksi daripada orang ramai, selain turut dikongsi siar hampir 600 netizen dan mendapat kira-kira 1,000 komen berbentuk motivasi, setakat jam 10 pagi tadi.

Sumber : Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham