Sekteriat Aid4Turkiye&Syria Hantar Pasukan Ketiga ke Bumi Turkiye dan Syria

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Sekteriat Aid4Turkiye&Syria menghantar pasukan ketiga yang terdiri daripada 11 delegasi yang majoritinya ahli perubatan dan doktor pakar bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang masih lagi trauma di Selatan Turkiye dan Utara Turkiye.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, , Sekreteriat Aid4Turkiye&Syria ini merupakan rombongan ketiga selepas bantuan awal yang telah pun turun bagi menyampaikan makanan, pakaian musim sejuk dan khemah separa kekal.

Mengulas mengenai delegasi yang diketuai Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, Wan Sukairi berkata ia akan disertai oleh pelbagai  Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Warga Cakna, Afiyah, WITA dan beberapa NGO lain yang akan menghantar misi bantuan perubatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan pasukan ketiga yang ditubuhkan Aid4Turkiye & Syria, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LMTS), di sini semalam.

“Pasukan ini akan turut dibantu oleh sukarelawan dari Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Liputan Media pula akan dibantu daripada Kelab Aktivis Media Insipirasi (KAMI) dan Radio Penyiaran Manis FM,” ujarnya.

Dalam pada itu menurutnya, delegasi kerajaan negeri akan ke Turkiye pada 17 Mac hadapan yang akan diketuai olehnya sendiri.

“Saya turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan gempa bumi Turkiye-Syria ini untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung bantuan mangsa gempa bumi melalui Sekretariat Aid4Turkiye&Syria ini.

“Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Sejagat Relief yang bernombor :12122010040554 (Bank Islam Malaysia Berhad),”ujarnya lagi,

Untuk rekod,  kejadian gempa bumi Turkiye dan udara Syria telah menyebabkan 10 wilayah di Turkiye dan Syria terjejas dan beberapa gegaran besar itu turut menyebabkan keruntuhan bangunan hampir 80 peratus di pusat gempa  mengorbankan lebih 51,00 nyawa merupakan yang terburuk dalam sejarah Turkiye 

– UNIT BERITA MANIS FM