Sektor pertanian di Terengganu bakal dapat peruntukan lebih RM43.5 juta daripada MAFI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Ronald ketika sidang akhbar Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2022 Peringkat Negeri Terengganu di Jabi, Besut pada Khamis. – Foto Bernama

Besut– Bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun ini akan memperuntukkan sejumlah lebih RM43.5 juta.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan.

Turut Hadir Sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merasmikan Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan Tahun 2022. Dalam ucapan beliau,  Terengganu turut menyasarkan peningkatan tahap sara diri bagi tahun 2023 negeri Terengganu daripada 47% kepada 60 % bagi tanaman padi, daripada 64.99% kepada 70% bagi kelapa, untuk buah-buahan daripada 82.46% kepada 90%, untuk sayur-sayuran daripada 40% kepada 50% .

Sementara itu, menurut beliau lagi  terdapat 8,310.82 hektar tanah terbiar yang belum diusahakan lagi di Terengganu dan berpontensi untuk dioptimumkan sepenuhnya bagi merancakkan lagi sektor pertanian melalui penglibatan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, petani, usahawan, belia dan golongan B40 dalam sektor pertanian,” katanya.

Sumber: Unit Berita Manis FM