Seluruh Kelantan dikenakan PKP

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA: Selepas tujuh jajahan di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 16 April lalu, kini baki tiga lagi jajahan di negeri itu dilaksanakan PKP mulai esok melibatkan Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, sekali gus seluruh Kelantan kini telah berada dalam perintah itu. PUTRAJAYA: Selepas tujuh jajahan di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 16 Julai lalu, kini baki tiga lagi jajahan di negeri itu dilaksanakan PKP mulai esok melibatkan Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, sekali gus seluruh Kelantan kini telah berada dalam perintah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di negeri itu termasuk tiga lagi jajahan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di negeri itu termasuk tiga lagi jajahan.

Sebelum itu, PKP sudah dilaksanakan di Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang selama dua minggu sehingga 29 April ini, namun berlaku peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus di baki tiga jajahan dalam tempoh 14 hari lalu daripada 18 kes kepada 112 kes. Sebelum itu, PKP sudah dilaksanakan di Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang selama dua minggu sehingga 29 April ini, namun berlaku peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus di baki tiga jajahan dalam tempoh 14 hari lalu daripada 18 kes kepada 112 kes.

Justeru katanya, setelah dibuat penilaian risiko dengan pelbagai agensi, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan itu dan akan berakhir serentak dengan tujuh jajahan lain. Justeru katanya, setelah dibuat penilaian risiko dengan pelbagai agensi, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan itu dan akan berakhir serentak dengan tujuh jajahan lain.

“Pelaksanaan PKP ini jelas beliau, untuk mengawal pergerakan penduduk di setiap jajahan bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan baharu wabak Covid-19 ke kawasan lain pula,” katanya

Sumber: UTUSAN MALAYSIA