Sembilan Negeri Hadapi Ribut Petir Hari Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Sembilan negeri termasuk Sabah dan Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan di Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Menurutnya, selain itu, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah juga berdepan cuaca itu.

“Amaran cuaca sama turut dikeluarkan di Kelantan iaitu Jeli dan Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron,Pahang dan Selangor di Sabak Bernam dan Hulu Selangor,” kata kenyataan itu di Facebook, hari ini.

Katanya, di Sarawak cuaca sama dijangka berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Sarikei (Julau).

“Di Sibu kawasan yang dijangka berdepan cuaca itu ialah Kanowit dan Selangau, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Manakala di Sabah amaran dikeluarkan di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” katanya.

Sumber: METRO