KOTA BHARU – Seorang datuk tidak menyangka gurauan manja berebut alat kawalan jauh televisyen menjadi kenangan terakhir sebelum cucunya berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor pada petang Isnin.
Che Mohd Noor Awang, 61, berkata, khabar duka itu hanya diketahuinya selepas dia selesai menunaikan solat fardu asar.
“Bagaimanapun, isteri saya Roslia Mahmud, 55, terlebih dahulu mengetahui kejadian menimpa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika.
Che Mohd Noor yang menjaga cucunya itu sejak lahir berkata, Muhammad Huffaz Wafri kemudian diminta untuk bersama dengan neneknya kerana dia mahu berehat seketika.
Menurutnya, cucunya itu ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.
“Mangsa kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian