Seorang Lelaki dan Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta Berkunci

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan – Polis telah mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah dikesan pada kes kematian seorang lelaki dan wanita yang ditemukan di dalam kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yuspf berkata, hasil daripada semakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu mendapati mangsa lelaki berusia 41 tahun dan wanita, 43 memarkir dan tidak keluar daripada kenderaan sejak 6.42 pagi, kelmarin.

Kes diklarifikasikan sebagai mati mengejut.