Seorang Maut, 2 Cedera dirempuh lelaki Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber : Anadolu Agency

Seorang lelaki Palestin terbunuh dan dua yang lain cedera telah dirempuh oleh sebuah kereta penduduk Palestin.

Agensi berita Wafa Palestin mengesahkan bahawa Belal Bauatneh, 52 tahun dari bandar Al-Berih terbunuh, manakala Shadi Abu Gosh dan Farahat Abed telah cedera dalam serangan yang berlaku berhampiran kampung Tepi Barat Ein Al-Beida, 108 kilometer timur laut Jerusalem.

Seorang pekerja Mutaz Bsharat mengesahkan kejadian itu, memberitahu bahawa ketiga-tiga lelaki itu berada di kawasan sekitar di mana mereka menyedari kereta lelaki Israel itu memandu laju ke arah mereka, lapor agensi berita berita Wafa.

Pihak Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan mereka telah membawa jenazah Bauatneh, sementara Abu Gosh dan Abed ditelah dibawa dengan helikopter Israel untuk dihantar ke Hospital Rambam di Haifa.

Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari yang melibatkan kematian rakyat Palestin di tangan penduduk Israel.

Sumber : Anadolu Agency