Seramai 88,620 Individu Mengambil Pinjaman Melalui TNG GoPinjam โ€“ Berjumlah RM91.1 Juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Touch n Go eWallet sedia memperkenalkan ciri melakukan pinjaman pantas melalui aplikasi mereka, dinamakan GoPinjam. Berkongsi data berkenaan dengannya, Kementerian Kewangan kini menyatakan seramai 88,620 individu telah mendapatkan pinjaman melalui GoPinjam sehingga penghujung Mac 2023 lepas, membawa kepada jumlah RM91.1 juta.

Daripada angka tersebut, 55% merupakan mereka yang berumur dibawah 30 tahun, dan mendapatkan secara purata pinjaman RM1,500 setiap seorang.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui lagi berapakah jumlah pinjaman yang dilakukan pengguna melalui perkhidmatan seperti Shopee S-Loan.

Dengan penawaran kemudahan pinjaman melalui aplikasi, ia membawa kepada kebimbangan mungkin ramai yang akan terjerat dengan hutang pinjaman. Pihak Kementerian Kewangan menyatakan melalui jawapan di Parlimen, yang mana semua institusi kewangan dikawal-selia oleh BNM perlu mematuhi keperluan yang digariskan BNM dalam memastikan layanan adil kepada pengguna, dan melindungi pengguna daripada beban hutang berlebihan.

– BERNAMA