Serang Peribadi Wanita Uighur, Cara China Bersihkan Nama

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Para penunjuk perasaan Uyghur yang belum pernah mendengar dari keluarga mereka yang tinggal di Turkestan Timur memegang plakat dan bendera Uyghur semasa tunjuk perasaan menentang China, berhampiran konsulat China di Istanbul, Turki, 9 Februari 2021. (Foto EPA)

XINJIANG, 16 Rejab 1442 H, Isnin: Bagi menolak tekanan global yang semakin meningkat terhadap perlakuan mereka terhadap minoriti Uyghur Muslim di Xinjiang barat, China semakin agresif melakukan kempen bagi membersihkan nama mereka. Mereka bertindak menyerang peribadi wanita terutama pada wanita yang telah membuat pengakuan penderaan oleh pihak berkuasa China.

Dengan tuduhan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang meningkat, di samping bertambahnya jumlah ahli parlimen Barat yang menuduh China melakukan pembunuhan beramai-ramai, Beijing memfokuskan untuk mencemarkan nama baik saksi wanita Uyghur yang pernah disekasa.

Pegawai China telah mendedahkan individu wanita tersebut. Mereka menyatakan maklumat yang mereka dapat adalah melalui data perubatan swasta mengenai tahap kesuburan wanita tersebut, dan menuduh mereka mempunyai penyakit kelamin.

Pegawai tersebut mengatakan bahawa maklumat itu adalah bukti kelakuan buruk wanita itu, meskipun dengan menyalahgunakan data wanita tersebut di Xinjiang.

“Sebagai langkah membantah beberapa tindakan media, kami telah melaksanakan beberapa inisiatif ,” kata Xu Guixiang, wakil ketua bahagian publisiti Xinjiang pada satu sidang media. Sidang media tersebut merangkumi taklimat berjam-jam, dengan rakaman penduduk Xinjiang dan ahli keluarga membaca monolog.

Tinjauan Reuters terhadap kempen tersebut yang dilakukan secara teliti dan meluas menunjukkan ketakutan China yang bimbang kehilangan kawalan terhadap Xinjiang.

“Salah satu alasan bahawa Parti Komunis begitu prihatin terhadap kempen mengenai wanita ini adalah kerana ia menunjukkan premis bertentangan yang mereka canangkan iaitu anti-terorisme,” kata James Millward, seorang profesor sejarah China di Universiti Georgetown dan Pakar dalam polisi Xinjiang.

“Fakta menunjukkan terdapat ramai wanita di kem yang tidak menunjukkan penampilan sebagai orang yang ganas, jelas menunjukkan mereka tiada kaitan dengan keganasan.”

Warga Uyghur terdiri dari hampir sejuta orang yang menurut perkiraan PBB telah ditahan di kem Xinjiang sebagaimana yang disebut oleh pemerintah pusat sebagai kem menentang keganasan. Beberapadakwaan oleh aktivis dan beberapa ahli politik Barat di China mengenai kem tersebut termasuklah termasuk berlakunya penyiksaan, menjadi buruh paksa dan pensterilan.

Diplomat tertinggi Joe Biden menyebut perlakuan China adalah satu bentuk genoside Uyghur atau pembunuhan beramai-ramai Uyghur, pendirian yang turut dipersetujui oleh parlimen Kanada dan Belanda.

China menghadapi sekatan oleh US dan beberapa ahli parlimen Barat menyeru untuk memboikot Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Kementerian luar negeri China enggan menjawab pertanyaan mengenai maklumat khusus yang dikeluarkan mengenai wanita itu tetapi mengatakan “beberapa pasukan anti-China mengabaikan fakta dan kebenaran dan dengan sengaja membuat semua jenis pembohongan yang berkaitan dengan Xinjiang. Tambah mereka lagi, orang-orang dari semua etnik di Xinjiang, termasuk para wanita, hidup dan bekerja dengan aman dan bebas. “

Beijing telah menolak permintaan untuk penyiasatan PBB terhadap kem penahanan Xinjiang. Wartawan dan diplomat tidak dibenarkan masuk ke kem di luar lawatan pemerintah yang dikawal ketat. Warga Uyghur di Xinjiang telah memberitahu Reuters bahawa mereka takut jika bercakap dengan media ketika berada di China.

Acara media di China yan diundang di Xinjiang telah dikawal ketat dan menghendaki wartawan mengemukakan soalan beberapa hari atau minggu sebelumnya. Antaranya termasuk video yang telah dirakam dan kesaksian yang dinyatakan oleh bekas tahanan kem dan tokoh agama.

Beijing telah mengemaskini kandungan dari acara tersebut dalam dua jilid berjudul, “Kebenaran Tentang Xinjiang: Mengungkap Pembohongan dan Fitnah yang Dipimpin AS tentang Xinjiang”.

Dalam satu taklimat akhbar harian, jurucakap kementerian luar negeri Wang Wenbin, menunjukkan gambar saksi yang menerima penderaan seksual di Xinjiang. Wenbin menjelaskan ia hanya satu pembohongan dan khabar angin. Hal ini kerana wanita tersebut tidak pernah mendedahkan pengalamannya dalam temu bual sebelum ini. Dia turut memberikan maklumat perubatan mengenai kesuburan wanita itu.

Pegawai Xinjiang turut mendakwa bahawa salah seorang wanita yang telah ditemuduga dengan pihak media luar menghidap penyakit sifilis, dan mereka menunjukkan gambar rekod perubatan wanita tersebut. Meskipun sebenarnya maklumat tersebut tidak diminta yang tidak berkaitan langsung dengan tuduhan wanita terhadap pihak berkuasa China.

Seorang pegawai pemerintah Xinjiang menyatakan tentang saksi lain bulan lalu: “Semua orang tahu tentang perwatakannya. Dia malas dan suka keselesaan, kehidupan peribadinya bergolak, jirannya turut mengatakan bahawa dia pernah mengadakan persetubuhan (zina) ketika berada di China.”

China bagaimanapun enggan memberikan data mengenai jumlah orang di kem tersebut. Meskipun pada mulanya Beijing menafikan kewujudan kem tersebut tetapi sekarang mereka menegaskan bahawa kem tersebut adalah pusat vokasional dan pendidikan . – Daily Sabah