Serangan Islamofobia di Masjid Perancis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Dua wanita sedang berjalan merentasi dinding masjid yang diconteng dengan perkataan yang menghina Islam. Sumber gambar : Pledgetimes

Sebuah masjid telah menjadi mangsa serangan Islamofobia, kurang dari sebulan setelah pembunuhan kejam seorang lelaki Maghribi di wilayah Sepanyol tenggara.

Masjid di bandar Cabezo de Torres, yang dirasmikan pada tahun 2018, diconteng dengan tulisan grafiti “tidak kepada Islam”, “hentikan pencerobohan” dan “kedaulatan Sepanyol tidak boleh dirunding.”

Para penyerang juga turut meninggalkan kepala babi dengan pisau yang ditikam di kepala babi di luar masjid.

Sumber :Twitter Sabah_Yacoubi
Contengan grafiti yang menyatakan hentikan pencerobihan dan tidak kepada Islam.
Sumber :Twitter Sabah_Yacoubi
Kepala babi yang ditikam dengan pisau. Sumber :Twitter Sabah_Yacoubi

Situasi ini adalah episod terbaru gelombang serangan xenofobia di wilayah selatan Murcia, yang merupakan tempat tinggal pendatang yang pendatang paling padat di Sepanyol.

Serangan Islamofibia dan Xenofobia

Pada 13 Jun lalu, Younes Bilal, seorang pendatang Maghribi, ditembak ketika duduk di sebuah kafe bersama rakan-rakan. Para saksi mengatakan pembunuh itu, seorang veteran Sepanyol, menembak Bilal setelah dia menghina Bilal dan orang lain di kafe dengan kata-kata berbaur rasis.

Pada awal bulan Jun, Momoun Koutaibi, seorang mekanik di syarikat Primafrio, juga diserang oleh rakan sekerja.

Media tempatan melaporkan bahawa rakan sekerjanya dari Sepanyol telah dipecat dan bos memberitahunya: “Moor ini pekerja yang lebih baik daripada anda,” merujuk kepada Koutaibi.

Komen ini membuat bekas pekerja yang dipecat itu berang sehingga dia melakukan tindakan radikal dengan memukul Koutaibi dengan batang besi, mematahkan tengkoraknya sehingga mengakibatkan koma.

Pemuda berusia 22 tahun itu masih dalam keadaan kritikal. Keluarganya menegaskan bahawa itu adalah serangan rasis.

Pada 18 Jun, seorang wanita Ekuador ditikam ketika sedang berautur di barisan makanan. Penyerang, seorang wanita Sepanyol, telah menghinanya dengan kata-kata berbaur perkauman, menyatakan bahawa para pendatang telah “mencuri” pekerjaan dan makanan. Wanita Ekuador ini berakhir di unit rawatan rapi, tetapi semakin pulih.