Sering gelisah atau pening kepala? Jangan terkejut… mungkin kopi puncanya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MASYARAKAT Malaysia memang sudah terbiasa dengan minuman berkafien dalam kehidupan seharian mereka.

Sebelum pergi ke tempat kerja atau memulakan aktiviti seharian, pastinya kopi akan menjadi pilihan utaman mereka.

Sesetengah manusia sudah jadikan amalan minum air kopi sebagai rutin di mana jika mereka tidak dapatkan minuman ini pada waktu pagi ia umpama harinya tidak lengkap, seolah-olah ada saja yang tidak kena.

Sedar atau tidak, menjual air kopi juga sudah menjadi trend masa kini sehingga banyak kedai kopi atau kafe hipster timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan hiasan dalaman yang sedikit elegan.

Para peniaga mengambil peluang ini dengan mula mencipta kopi ‘hipster’ pada harga yang sedikit tinggi berbanding kopi yang dijual di mamak atau kedai makan biasa.

kopi 2



Kualiti kopi boleh berbeza-beza bergantung kepada kaedah pemprosesan dan bagaimana biji kopi ditanam.

Kopi kini menjadi minuman kegemaran ramai sehingga ia mempengaruhi mereka yang pada asalnya tidak minum minuman berkafein pun demi menjaga kesihatan mereka.

Maka tak hairan apabila kedai kopi semakin banyak dibuka di mana-mana.

Tidak kiralah samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte tanpa lemak dengan lelehan caramel sebagai hiasan seperti di Starbucks, yang pastinya rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi!

Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Namun persoalannya adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk untuk anda?

kopi 1



Kopi adalah salah satu minuman yang paling popular di dunia.

1. Tingkatkan metabolisma

Kafein merangsang sistem saraf di dalam badan kita dan membantu untuk memecahkan lemak-lemak di dalam badan kepada bentuk tenaga.

Bagaimanapun tahap kesannya adalah berkurangan kepada individu yang obes.

Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kafein berlebihan boleh menghilangkan kesan peningkatan metabolisma disebabkan toleransi badan individu terhadap kafein.

kopi 4



Penting untuk tidak minum kopi pada waktu yang lewat kerana ia boleh mengganggu tidur anda.

2. Menghilangkan ngantuk

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus.

Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

kopi 3



Secawan kopi cepat menyerap kafein ke dalam aliran darah di mana ia mengambil masa lebih kurang 20 minit.

3. Meningkatkan produktiviti

Satu kajian yang diterbitkan pada 2013 menyimpulkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana boleh meningkatkan prestasi motor dan kognitif.

Satu kajian terbaru yang diterbitkan pada April 2018 pula mendapati, menghidangkan kopi sewaktu mesyuarat boleh meningkatkan prestasi mereka yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

web-migraines-getty-c-DONTUSEAGAIN



Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil perlu mengelak atau mengurangkan pengambilan kafein.

Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mengakibatkan anda alami gejala berikut iaitu,

1. Mudah rasa gelisah dan gementar

2. Jantung berdebar-debar

3. Loya

4. Merasa bimbang secara tiba-tiba

5. Insomnia

6. Pening

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius

Tahap penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik anda di mana jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein cenderung untuk membuat anda berasa gelisah dan gementar.

Sumber: Mstar