Seruan azan Mula Diperdengarkan Setelah Beberapa Dekad Karabakh Dijajah Armenia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Satu berita gembira buat Umat Islam apabila Karabakh akhirnya bebas dari konflik penjajahan dan dimenangi oleh negara Azerbaijan yang penduduknya beragama Islam.

Kini setelah Kota Karabakh dibebaskan dari penjajahan Armenia yang majoriti penduduknya beragama kristian, akhirnya seruan azan yang memanggil Muslim untuk menunaikan solat  mula didengari pertama kali di Shusha setelah beberapa dekad dijajah.

Bermula 13 November, Masjid-masjid di kota wilayah Nagorno-Karabakh, Shusha mula menyeru  umat Islam tempatan untuk melakukan Solat Jumaat mingguan pertama kalinya setelah hampir tiga dekad semua masjid ini ditutup.

Azan yang merupakan  pertama kali dilaungkan dari Masjid Yukhari Govhar Agha yang bersejarah, diiringi  tentera Azerbaijan yang mula  berkumpul masuk di dalam masjid untuk menunaikan solat.

Shusha, yang dijajahi oleh pasukan Armenia pada 8 Mei 1992, adalah kota yang sangat strategik di wilayah Karabakh Atas, atau juga turut dikenali sebagai Nagorno-Karabakh yang sebenarnya merupakan wilayah Azerbaijan yang diakui secara sah oleh pihak antarabangsa.

Shusha terletak di jalan menuju Khankendi, bandar terbesar di rantau ini. Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev mengumumkan pada 8 November bahawa Shusha telah dibebaskan dari penjajahan Armenia setelah pertempuran berlaku pada 27 September.

“Setelah 28 tahun, azan akan didengar di Shusha,” kata Aliyev. Baku membebaskan beberapa bandar dan hampir 300 penempatan dan kampungnya dari penjajahan Armenia selama ini.

Pada 10 November, kedua-dua negara menandatangani perjanjian yang ditangani oleh Rusia untuk menamatkan pertempuran dan berusaha mencapai penyelesaian yang komprehensif.

Turki menyambut baik gencatan senjata, yang dihasilkan dari kejayaan tentera Baku melawan Yerevan.

Sumber : Anadolu Agency