Sheikh Misyari doa kesejahteraan Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Ribuan jemaah teruja dengan kehadiran qari terkenal dunia dari Kuwait, Sheikh Misyari Rashed Alafasy yang mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Beliau turut mengalunkan bacaan surah Al-Al’a dan Al-Qadr selepas selesai solat.

Ketika mengalunkan bacaan al-Quran, ribuan jemaah mengerumuni qari berkenaan sambil mengambil video.

Sheikh Misyari adalah qari yang mempunyai suara merdu ketika mengalunkan ayat suci al-Quran dan sangat dikenali.

Beliau turut membacakan doa kesejahteraan kepada Malaysia sebelum meninggalkan masjid.