Shila Amzah Kongsi Berita Hamil Anak Pertama

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Menerusi entri terbaru, Shila Amzah telah berkongsikan berita gembira kepada umum, dimana beliau kini sedang hamil cahaya mata pertama. Menurut Shila kini sudah tiba masanya untuk beliau kongsikan bersama peminat.

Dalam posting yang sama, Shila turut memberitahu keadaanya yang agak lemah pada awal kehamilan, berserta muntah yang teruk membuatkan beliau tidak aktif di media sosial kerana sibuk berehat.

Selain itu, Shila juga sempat berterima kasih kepada semua pihak yang berterusan mendoakan kesihatannya. Terdahulu Shila dan suami, Haris Elias selamat diijabkabulkan pada April 2018.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang bakal menyambut cahaya mata pertama tidak lama lagi. Semoga proses kehamilan Shila dipermudahkan segala urusan dan gembira menikmati pengalaman ini.

Sumber: Rotikaya