Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan bermula esok dilanjutkan kepada tiga hari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditamatkan lebih awal.
Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata, mesyuarat itu akan berlangsung pada 23 hingga 25 November dan dengan perkembangan baharu itu kenyataan dikeluarkan pada 11 November lalu adalah terbatal.
“Walau bagaimanapun, pihak DUN tetap dengan keputusan bahawa hanya ahli yang berhormat dan ketua jabatan sahaja yang dibenarkan hadir. Semua jemputan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Sumber : Sinar Harian