Wilayah Sepanyol Catalonia telah memutuskan untuk mula mengajar agama Islam di sekolah awam untuk mendorong integrasi dan perpaduan antara agama. Di Catalonia sahaja, terdapat lebih daripada 1.5 juta umat Islam daripada dua juta umat Islam di Sepanyol. Ia diikuti oleh Andalusia, dengan populasi lebih dari 300,000 Muslim, dan Madrid, dengan 280,000 Muslim.
Laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan pada hari Rabu dalam bentuk resolusi dalam Jurnal Rasmi Generalitat de Catalunya (DOGC), menyatakan bahawa sekolah rendah akan mula mengajar agama Islam mulai tahun 2020/2021. Tujuan silibus pengajian agama ini diadakan adalah untuk mendorong perpaduan dan meraikan kepelbagaian. Silibus tersebut akan turut merangkumi sejarah umat Islam di Sepanyol. Perancangan ini akan dimulakan di Barcelona, Baix Llobregat, Girona, dan Tarragona.
Ini adalah hasil perjanjian kerjasama antara Negara Sepanyol dan Suruhanjaya Islam Sepanyol, berikutan permintaan penduduk Muslim yang semakin meningkat. Rancangan ini menjamin bahawa pelajar Muslim akan mendapat pendidikan agama Islam di sekolah awam di peringkat pendidikan anak, sekolah rendah, sekolah menengah wajib, dan sekolah menengah.Guru yang dilantik oleh Suruhanjaya Islam Sepanyol akan mengajar kurikulum ini.
Menurut Kesatuan masyarakat Islam (UCIDE), Umat Islam merangkumi 3.8 peratus penduduk Sepanyol, 40 peratus adalah orang Sepanyol dan 60 peratus selebihnya adalah pendatang. Umat Islam di Sepanyol kebanyakannya berasal dari Maghribi walaupun terdapat kehadiran orang Pakistan dan Muslim Senegal yang ketara di bandar-bandar seperti Barcelona, Valencia, dan Logrono.
Sumber : Elpais