Siri Samsung Galaxy Watch5 Bakal Jejak Kitaran Haid

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jam tangan pintar siri Samsung Galaxy Watch5 mampu mengesan tekanan darah, tahap nadi, stres dan tahap lemak dalam tubuh. Bermula Q2 2023 kelak, ia akan diberikan pula kemampuan menjejak kitaran haid pemakai.

Samsung bekerjasama dengan Natural Cycles yang membangunkan aplikasi menjejak kitaran haid menerusi suhu tubuh badan. Ciri menjejak kitaran hadir Watch5 telah melepasi piawaian Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah (MFDS) Republik Korea dan telah didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat.

Penjejakan kitaran haid boleh diakses terus menerusi aplikasi Samsung Health bermula S2 2023 di 32 negara iaitu Amerika Syarikat, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jerman, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Netherlands, Norway, Perancis, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, dan U.K.

Sumber : AMANZ