Selepas selama 37 hari berpantang, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini kelihatan lebih langsing menerusi gambar terbaharunya di lama media sosial. Melalui entri tersebut dimana beliau keluar untuk menjalani proses pemeriksaan bersama anak perempuannya, Siti Aafiyah, Siti turut menyatakan bahawa beliau sudah kehilangan berat sebanyak 17.8kg! Banyak penurunan berat badan tu.
Tampil dengan penampilan yang simple dan manis, Siti mampu untuk menarik perhatian sesiapa sahaja tambah pula peminat-peminat yang sudah lama merindui. Nampaknya, penyanyi nombor satu negara kita ini mahu mensasarkan penurunan yang lebih banyak supaya kembali kelihatan langsing.
Salah satu faktor yang membantu kepada penurunan berat Siti adalah kerana beliau menjalani proses menyusukan bayi. Selain itu juga, beliau juga mengambil pakaej berpantang bertaraf lima bintang untuk menjaga segala keperluannya semasa berpantang. Patutlah nampak wajah si ibu semakin berseri-seri dan Aafiyah pun dapat menyusu dengan berkualiti.
Sumber: Oh Media