Skuad Terjun Sapu Bersih Emas Sukan SEA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PHNOM PENH – Skuad terjun negara terus membuktikan bahawa mereka jaguh rantau Asia Tenggara apabila sekali lagi menyapu bersih pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.

Ia selepas skuad negara memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Prestasi cemerlang skuad negara di Pusat Akuatik Morodok Techo dilengkapkan dengan pingat emas dan perak yang diraih Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki, hari ini.

Enrique mengumpul mata keseluruhan 442.95, mengatasi rakan senegara, Bertrand Rhodict Anak Lises yang meraih 384 mata manakala atlet penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon (362.8) memenangi gangsa.

Untuk, rekod skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu.

– BERITA HARIAN